HomeIsu tempatan80 Warga Emas dan OKU Di Kampung Kota Klias Terima Vaksin COVID-19

80 Warga Emas dan OKU Di Kampung Kota Klias Terima Vaksin COVID-19

Read Time:1 Minute, 11 Second

8 Jun 2021
Erdie Ab Wahid
[email protected]

BEAUFORT: Seramai 80 orang warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) di Kampung Kota Klias disini menerima vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bermula hari ini.

Inisiatif yang dilaksanakan Klinik Kesihatan Kota Klias dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Kota Klias itu adalah bagi membantu kerajaan dalam mencapai sasaran imuniti kelompok.

Pengerusi JPKK Kampung Kota Klias Fadzli Saidi berkata, dari jumlah itu seramai 72 warga emas dan lapan lagi adalah golongan OKU akan menerima vaksin tersebut yang dilaksanakan secara berperingkat sehingga 22 Jun depan.

“Klinik Kesihatan disini telah diberi kouta sebanyak 150 dos vaksin kepada penduduk berhampiran dan JPKK membantu klinik mendapatkan hampir 80 penama di Kampung Kota Klias untuk diberikan vaksin pada fasa pertama ini.

“Manakala selebihnya hampir 70 penama lagi akan diberikan kepada warga emas dari kampung berhampiran seperti Kampung Laba dan lain-lain,”katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Antara penerima vaksin yang mendaftar sebelum proses pemberian vaksin dilaksanakan

Fadzli berkata, pihaknya telah mula mengedarkan borang persetujuan penerimaan vaksin kepada seluruh isi rumah bermula Mac lalu dan turut diserahkan kepada Unit Pemimpn Pembangunan Masyarakat (UPPM) bagi tindakan selanjutnya.

“Syukur daripada jumlah yang kami terima, seramai 80 orang warga emas dan golongan OKU kami dahulukan untuk fasa pertama ini.

“Sekiranya fasa permulaan ini berjalan lancar, Klinik Kesihatan Kota Klias akan diberikan kouta lagi mengikut jumlah yang diperlukan,”katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya