HomeIsu tempatanKKR Sabah Bentang Pendekatan Baharu Atasi Masalah Bekalan Air

KKR Sabah Bentang Pendekatan Baharu Atasi Masalah Bekalan Air

Read Time:1 Minute, 10 Second

8 Jun 2021
Erdie Ab Wahid
[email protected]

BEAUFORT: Kementerian Kerja Raya (KKR) Sabah akan membentangkan beberapa pendekatan baharu kepada kerajaan bagi mengatasi masalah isu bekalan air bersih dinegeri ini.

Menterinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pihaknya perlu memastikan bekalan air di Sabah tidak menjadi bebanan kepada masyarakat dan rakyat berikutan terlalu banyak masalah yang dihadapi pengguna.

“Tindakan segera perlu diambil dan beberapa pendekatan akan kita cadangkan kepada kerajaan untuk memastikan bahawa rakyat mendapat bekalan air yang sebaiknya selain memastikan kelangsungan hidup rakyat dapat berjalan dengan sempurna.

“Antara pendekatan kita adalah bercadang membina kolam takungan air dimana ia akan berfungsi jika air keruh atau musim kemarau air akan disedut dari kolam berkenaan.  Ini dicadang akan dibina diseluruh daerah di Sabah,”katanya.

Bung ketika melawat Loji Penapis Air Jempangah

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat Loji Penapis Air Jempangah disini hari ini.

Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, cadangan dan pendekatan itu dijangka akan dibentangkan pada mesyuarat kabinet kerajaan negeri esok.

Terdahulu, Bung turut melawat beberapa loji air di daerah ini dan mendapati beberapa kerosakan berlaku selepas bencana banjir berlaku baru-baru ini.

“Saya dapati ada pam loji yang rosak akibat bencana banjir yang lalu dan saya sudah mengarahkan Jabatan Air segera memperbaiki kerosakan itu bagi memastikan bekalan dapat disalurkan secepat mungkin.

“Selain itu, saya juga sudah mengarahkan untuk kerja-kerja penghantaran bekalan air bersih kepada penduduk terjejas diteruskan,”katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

NDRC UMS perkukuh pengurusan bencana bersama pihak berkuasa tempatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular