HomeIsu tempatanUnduk Ngadau Kaamatan Merupakan Simbolik Kepada Peringatan Mitos Huminodun - Richard

Unduk Ngadau Kaamatan Merupakan Simbolik Kepada Peringatan Mitos Huminodun – Richard

Read Time:1 Minute, 7 Second

PITAS: Persatuan Rungus Pitas Sabah (PISAAN) menyelar hujahan mahkamah seorang peguam yang menyamakan pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan dengan ‘persembahan lembu eksotik’ dan ‘acara lelong’.

Presiden PISAAN Richard Mazagi dalam kenyataan media hari ini berkata hujahan tersebut merupakan penghinaan yang sangat menyakitkan dan mengguris ramai orang di kalangan masyarakat Kadazan Dusun Murut dan Rungus (KDMR).

“Acara Unduk Ngadau Kaamatan merupakan satu platform untuk menonjolkan gadis-gadis KDMR yang menjadi simbolik kepada peringatan mitos Huminodun.

“Mitos di sebalik acara Unduk Ngadau Kaamatan bukanlah cerita yang boleh dijadikan bahan lawak atau penghinaan kerana ia melibatkan satu pengorbanan yang besar iaitu nyawa seorang gadis, demi mengeluarkan umat manusia dari kelaparan.

“Masyarakat Rungus di daerah Pitas sangat kesal dengan hujahan tersebut dan menyifatkannya sebagai kenyataan melampau yang tidak menghormati budaya dan wanita KDMR,” katanya.

Menurut Richard, penganjuran Unduk Ngadau sejak tahun 60an telah melahirkan ramai wanita berjaya dan mereka bukan sahaja memperkasa wanita lain dari pelbagai aspek, namun telah menjadikan pertandingan tersebut sebagai tarikan pelancongan di negeri ini.

“Unduk Ngadau merupakan pertandingan ratu cantik tradisi yang telah diiktiraf di peringkat antarabangsa dan meletakkan Sabah di peta dunia.

“Hujahan yang menghina Unduk Ngadau ini sangat keterlaluan, dan kami menggesa peguam terbabit menarik balik tuduhan tersebut dan memohon maaf secara terbuka.

“Kami juga berharap agar kejadian ini menjadi pengajaran untuk semua pihak agar menghormati wanita dan tidak menghina budaya KDMR,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya