Kerajaan Laksana 8 PKPD di Sabah, 3 Tamat, 1 Lanjut

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun selaku Jurucakap Rasmi Covid-19 Sabah berkata dalam kenyataan medianya hari ini 15 Jun, kerajaan melaksanakan lapan lagi kawasan PKPD iaitu dua lokaliti di Kalabakan termasuk Kampung Rancangan dan Kampung Kijang Merotai, dua lokaliti di Tawau iaitu Kampung Tanjung Batu Tengah dan Taman Semarak Megah, Dua lokaliti di Kota Kinabalu iaitu Kampung Rampayan dan Kampung Kionsom Kecil, Kampung Taun Gusi Peningting, Kota Belud dan PPR Taman Ehsan, Kudat.

3 indikator utama Pelan Pemulihan Negara

tiga indikator adalah keadaan penularan COVID-19 dalam komuniti berdasarkan bilangan kes jangkitan harian, keupayaan sistem kesihatan awam berdasarkan kadar penggunaan katil di wad unit rawatan rapi (ICU) dan tahap populasi yang dilindungi berdasarkan peratusan yang lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.