‘Teratak Prihatin’ Usaha Kerajaan Negeri Bersama Agensi Kerajaan Bantu Rakyat Memerlukan

Read Time:49 Second

TUARAN : Sebuah rumah yang dinamakan sebagai Teratak Prihatin dibawah Projek Jiwa Murni Tentera Darat dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah, 5 Divisyen dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah diserahkan kepada seorang penduduk Samir Cosmas,53.

Majlis penyerahan kunci rumah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Politik Negeri Sabah Abdul Kassim Razali yang mewakil Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor di Kampung Kindu Tuaran Sabah pagi tadi.

Abdul Kassim berkata, projek yang dilaksanakan itu merupakan satu usaha keprihatinan kerajaan negeri khususnya Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang prihatin kepada penduduk dan masyarakat di seluruh Sabah khususnya yang berada di kampung.

“Kerajaan negeri menyalurkan peruntukan untuk pembinaan rumah dalam prihatin rakyat ini dan kita juga berterima kasih kepada pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah membantu menyiapkan projek ini serta daripada YADIM.

“Kita juga mengharapkan kerjasama ini berterusan dan kita melihat keprihatinan kerajaan negeri untuk menjayakan satu lagi perkara yang termasuk dalam program Sabah Maju Jaya kita membina sebuah masyarakat yang makmur dan sejahtera,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.