COVID-19: Kes Tertunggak Pengaruh Jumlah Kes Harian Meningkat Di Sabah

Sepertimana yang dimaklumkan semalam (18 Ogos 2021) jumlah kes harian akan kekal tinggi untuk beberapa hari sehingga Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) kosongkan (clear away) semua keputusan kes-kes yg tertunggak (backlog), iaitu kes-kes yang didaftar lewat, selain 11 kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu empat kes di Tawau, tiga kes di Kota Kinabalu, dua kes di Keningau dan masing-masing satu kes di Ranau dan Tuaran.