COVID-19: 35 Kematian, 2,404 Kes Positif

Jumlah kes positif COVID-19 Sabah pada hari ini meningkat 75 kes menjadikan 2,404 kes berbanding 2,329 kes yang dicatatkan semalam (02 September 2021). Sebanyak 35 kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu 17 kes di Tawau, lima kes di Sandakan, tiga kes di Kota Kinabalu, Kalabakan dan Beaufort mencatatkan dua kes manakala Kinabatangan, Semporna, Kota Marudu, Keningau, Penampang dan Papar masing-masing mencatatkan satu kes.