COVID-19: 87 Kes Kematian, 1,199 Kes Positif Baharu Di Sabah

Jumlah kes positif baharu COVID-19 hari ini sebanyak 1,199 kes, merupakan angka terendah sejak 6 Ogos lalu, selain turut dilaporkan jumlah kes kematian yang tinggi akibat jangkitan COVID-19 iaitu sebanyak 87 kes iaitu 24 kes di Sandakan, 14 kes di Tawau, lapan kes di Tuaran, enam kes di Kota Kinabalu, lima kes di Lahad Datu dan Keningau, empat kes di Kota Marudu, tiga kes di Ranau dan Kota Belud. Dua kes kematian dicatatkan di Beaufort, Kinabatangan, Penampang, Beluran, Semporna dan Papar manakala Nabawan, Kalabakan dan Tongod masing-masing mencatatkan satu kes.