HomeIsu tempatanSemua Pihak Diseru Bantu Ringankan Beban Penghuni Rumah Stella Maris Convent

Semua Pihak Diseru Bantu Ringankan Beban Penghuni Rumah Stella Maris Convent

Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU: Masyarakat setempat dan kerajaan disaran supaya membantu meringankan beban penghuni rumah Stella Maris Convent yang menempatkan lebih 40 biarawati yang telah bersara.

Ketua Bahagian Kapayan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Jafery Jomiun berkata, walaupun rumah atau bangunan itu disediakan oleh pihak pengurusan gereja namun penghuni didalamnya tetap memerlukan kos untuk pelbagai perbelanjaan seharian.

“Hampir semua penghuni di rumah ini adalah biarawati yang sudah bersara dan ada antara mereka sudah uzur berusia lebih 90 tahun sukar untuk menguruskan diri sendiri.

“Mereka masih perlu menanggung pelbagai keperluan termasuk makanan, lampin pakai buang, elektrik, air dan sebagainya. Jadi diharap masyarakat diluar sana termasuk kerajaan dapat membantu dengan memberikan bantuan bulanan kepada mereka,” katanya selepas melawat Rumah Stella Maris Convent, di sini, semalam.

Katanya lagi, menerusi bantuan daripada masyarakat itu sekurang-kurangnya penghuni dapat menggunakan wang persaraan untuk diri mereka sendiri.

“Sekurang-kurangnya mereka dapat menikmati wang persaraan sendiri dan bukannya dikongsikan untuk kos utiliti dan sebagainya yang kini semakin tinggi,” katanya.

Jafery dalam pada itu memaklumkan, sayap Wiramuda dan Wiranita STAR akan memulakan program 3B atau Belajar, Buat dan Berjual untuk aktiviti masakan, kraftangan dan sebagainya untuk dijual kepada masyarakat supaya hasilnya dapat diberikan kepada rumah Stella Maris Convent.

Terdahulu, Jafery bersama ahli jawatankuasa Bahagian dan Ketua Wiranita Bahagian, Debby Jayne Hendry; Naib Ketua Wiramuda, Neil Sondoh serta Timbalan Ketua Wiraemas, Datuk Chef Johan Sinam menyampaikan bantuan bakul makanan kepada penghuni rumah berkenaan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia tahan bot lakukan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular