10 Kompaun Dikeluarkan, Gagal Daftar Masuk Premis Guna Mysejahtera atau Buku Pendaftaran

Sebanyak 10 kompaun telah dikeluarkan atas kesalahan di bawah Seksyen 25 Akta 342 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Malaysia iaitu kegagalan untuk mendaftar masuk ke premis sama ada menggunakan Mysejahtera atau Buku Pendaftaran selain dua kompaun dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam satu operasi di City Mall pada Selasa lalu.