Sabah mencipta kejutan dalam arena sukan Para apabila berjaya muncul juara keseluruhan Para Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 seterusnya mengetepikan juara bertahan Sarawak yang sebelum ini bertahan selama 13 temasya.
Perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) perlu terus diperkukuh bagi memastikan tahap keselamatan penduduk sekitar kawasan berkenaan berada pada tahap yang terbaik.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamparuli Datuk Jahid Jahim yang mengalami masalah kesihatan menyifatkan pemilihan Datuk Joniston Bangkuai sebagai calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Parlimen Tuaran adalah paling tepat.
Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Parlimen Sandakan Lau Chi Keong @ Thomas Lau, sempat mengimbas kenangan beliau ketika meneruskan program ramah mesra di Kampung Melayu Bumiputera (Sim-Sim), Jambatan 1 hingga 6, disini, hari ini.
Jentera Barisan Nasional (BN) Sabah perlu meningkatkan keupayaan teknologi maklumat dalam menyampaikan bahan kempen calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kali ini.
Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Beaufort Datuk Siti Aminah Aching memulakan siri kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan mengadakan tinjauan mesra bertemu penduduk sekitar Pekan Menumbok di sini semalam.
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) memperuntukkan sebanyak RM105.11 juta termasuk sebanyak RM60 juta bagi pemberian bantuan kebajikan kepada Orang Kelainan Upaya (OKU), warga emas dan ibu tunggal untuk tahun 2022 di negeri ini.
Siti Nur Hanisah Omar Hashim, pelajar jurusan Pendidikan Awal Kanak-kanak Kolej Vokasional Keningau, telah dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama dalam Pertandingan Menulis Haiku di Festival Seni “Argentine Gathering” yang berlangsung secara dalam talian pada 5 November lalu.
Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menegaskan beliau bukan calon pembangkang untuk bertanding di Parlimen Beluran pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini, sebaliknya mewakili Perikatan Nasional (PN) yang merupakan sebahagian daripada Kerajaan.
Lagu ‘It’s Now and Never’ dan ‘One Night With You’ yang didendangkan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, memukau tetamu di Malam Sanjungan Kasih.