HomeIsu tempatanMaritim Malaysia tahan bot kargo bawa produk kesihatan, kosmetik tanpa permit

Maritim Malaysia tahan bot kargo bawa produk kesihatan, kosmetik tanpa permit

Read Time:1 Minute, 21 Second

TAWAU : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan sebuah bot kargo tempatan yang membawa muatan pelbagai barangan serta produk kosmetik serta kesihatan tanpa permit yang sah pada awal pagi 31 Dis 2022 di perairan Tawau.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, pihaknya telah berjaya mengesan sebuah bot kargo dalam keadaan mencurigakan bergerak dari Pulau Sebatik menuju ke Perairan Tawau.

Katanya, pemeriksaan awal ke atas bot yang ditahan di kedudukan 0.4 batu nautika Selatan Kuala Sungai Tawau itu mendapati seorang lelaki yang tiada dokumen pengenalan diri yang sah bertindak sebagai juragan bot berkenaan.

“Pemeriksaan menyeluruh selanjutnya menemukan pelbagai barangan dan produk dari negara jiran seperti, kain batik, krim kecantikan dan kapsul pelangsing badan yang dipercayai ingin diseludup masuk ke Tawau untuk pasaran tempatan.

“Juragan juga gagal mengemukakan permit serta lesen yang sah berkaitan barang-barang tersebut.

“Bot, muatan serta juragan bot tersebut seterusnya ditahan dan dibawa kePejabat Zon Maritim Tawau untuk disiasat di bawah Akta Kastam 1967 Dan Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shahrizan berkata, semua barangan termasuk bot kargo, enjin bot dan muatan barangan disita dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah lebih kurang RM200,000.

Katanya, statistik tangkapan Zon Maritim Tawau telah merekodkan sebanyak 65 kes tangkapan terdiri dari pelbagai kesalahan sepanjang Tahun 2022.

“Maritim Malaysia akan terus memperkasakan tugas penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang di Zon Maritim Malaysia khususnya di perairan Timur Sabah (ESSZONE).

“Salurkan sebarang salah laku jenayah yang berlaku di sekitar perairan Tawau ke talian Pusat Operasi Zon Maritim Tawau 089-752116 dan talian kecemasan 999,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup PATI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya