HomeIsu tempatanSAHABAT mohon sebuah pusat sehenti bantu golongan mualaf di Sabah

SAHABAT mohon sebuah pusat sehenti bantu golongan mualaf di Sabah

Read Time:1 Minute, 22 Second

Kota Kinabalu : Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita (SAHABAT) memohon agar Kerajaan Sabah dapat mempertimbangkan bagi mendapatkan sebuah kompleks bangunan untuk dijadikan sebagai pusat sehenti bagi membantu golongan mualaf di negeri ini.

Presiden SAHABAT Johari Buning Abdullah berkata, pusat sehenti itu adalah bagi membantu golongan mualaf yang datang dari seluruh Sabah untuk berurusan di Kota Kinabalu.

Katanya, selain dijadikan sebagai pusat sehenti, kompleks itu juga akan turut dijadikan sebagai rumah perlindungan sementara selain tempat pengajian golongan mualaf.

“Antara objektif utama kita adalah untuk menjalankan kelas untuk saudara baru tetapi  buat masa ini belum ada lagi tempat khusus kepada pertubuhan ini dimana ketika ini kami menumpang di Sekolah Agama Negeri (SAN) Kota Kinabalu.

“Sebelum ini kami telah menyuarakan hasrat kepada pihak Menteri untuk membawa cadangan kepada Kerajaan Negeri dan jika boleh agar dapat diberikan sebuah lokasi atau tempat untuk kami melaksanakan pengajian kelas bimbingan saudara baru kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sabah Media di sini baru-baru ini.

Johari berkata, mereka turut berdepan dengan beberapa kekangan lain termasuk menyewa dua buah rumah bagi penempatan sementara mualaf yang menelan kos yang tinggi.

“Jika ada kompleks itu, sudah pasti selain menjalankan pengajian kelas bimbingan, kita juga dapat menempatkan mereka yang bermasalah berbanding menyewa dirumah perlindungan.  Selain kompleks itu dapat menampung program seminar, kursus dan lain-lain.

“Dari segi kekangan lain, bila mana sekolah ini mengadakan peperiksaan dan bertembung dengan sesi pembelajaran kita, jadi kita terpaksa menangguhkan sesi pembelajaran tersebut. 

“Sudah tentu harapan kita adalah tinggi agar pihak Kerajaan Negeri pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dapat melihat permintaan ini seterusnya kami dapat terus menyantuni saudara baru kita,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PKK Biz @ Akademia catat lebih RM20,000 nilai jualan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular