Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun terjatuh ke dalam sungai selepas tergelincir semasa melalui jambatan gantung Telibung, Kampung Damat-Kampung Lakang, Tuaran tengah hari tadi (8 Julai).
Gol minit akhir pemain import baharu Sabah FC Ramon Machado De Macedo berjaya membantu skuad Badak menewaskan Kuching City FC 4-3 dalam aksi Liga Super di Stadium Likas petang tadi.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew telah meminta Spring Airlines mempertimbangkan untuk mengembalikan semula operasi penerbangannya dari Shanghai ke Kota Kinabalu di bawah pelan mengembangkan industri syarikat penerbangan itu.
Cogan kata rasmi yang terkandung dalam jata atau lambang kebesaran negeri Sabah iaitu Sabah Maju Jaya (SMJ) akan digunakan sebagai nombor plat khas kenderaan kerajaan negeri.
Pesara kerajaan, Angelie Tee Giok Bee berjaya dinobatkan sebagai Tokoh Keusahawanan 2023 pada Majlis Anugerah Minggu Setiausaha Perkhidmatan Awam (MSPA) Negeri Sabah di sini, semalam.
Kolej Vokasional Keningau telah berjaya menganjur kelas induk berkenaan dengan kerjaya khususnya bagi graduan jurusan vokasional yang dikendalikan oleh seorang guru dari Kanada, Mark Reid, melalui aplikasi Google Meet pada 7 Julai lalu.
Dua pasukan mewakili Tunas Akademi Bola Sepak (TABS) Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) masing-masing bagi kategori bawah 12 (B12) dan 10 tahun (B10) berjaya dinobatkan sebagai juara Liga Suparimau 2023 siri kedua yang berlangsung di Padang Sintetik di sini pagi tadi.
Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Tanah dan Ukur Negeri menyerahkan sebanyak 344 Geran Tanah Anak Negeri kepada penduduk tempatan dari 34 kampung di kawasan Sukau.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menghargai sokongan yang berterusan oleh masyarakat Cina berdiri bersama Kerajaan Negeri sebagai rakan kongsi dalam mengembangkan setiap bidang pembangunan.