HomeIsu tempatanHWKKS giat laksana kempen derma darah tampung peningkatan permintaan bekalan

HWKKS giat laksana kempen derma darah tampung peningkatan permintaan bekalan

Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu : Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) giat melaksanakan kempen derma darah bagi menampung keperluan yang sentiasa meningkat.

Pengarah HWKKS, Dr Marcus Netto berkata, keperluan transfusi darah boleh berlaku pada bila-bila masa seperti kes-kes kecemasan seperti pendarahan ketika kemalangan atau tumpah darah semasa wanita bersalin. 

“Pada masa sama, terdapat pesakit-pesakit yang memerlukan transfusi darah dan produk darah secara berkala bagi kelangsungan hidup seperti pesakit Talasemia, pesakit kanser, Hemofilia serta Primary Immune Deficiency,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2023 Peringkat HWKKS, di sini semalam.

Program bertemakan Give Blood, Give Plasma, Share life, Share Often itu turut mengajak masyarakat memainkan  peranan  berterusan sebagai penderma darah sukarela dalam menyelamatkan nyawa.

Marcus turut memaklumkan pada tahun 2021, lebih 10,000 pain darah merah diperlukan dan permintaan meningkat sebanyak 8.2 peratus kepada 11,825 pada tahun lalu.

“Pada tahun lalu, terdapat 6,203 pendermaan manakala bagi tempoh enam bulan pertama 2023 adalah sebanyak 2,572 menunjukkan masih di bawah paras kutipan sebelum pandemik. 

“Walaupun kita telah memasuki fasa endemik, situasi pendermaan hospital ini masih tidak mencapai kutipan seperti sebelum  pra pandemik iaitu sejumlah 7,604 pada tahun 2019.

“Hospital kami adalah hospital wanita dan kanak kanak pertama di Malaysia dan uniknya turut menjadi pusat rujukan rawatan kanser dan radioterapi untuk seluruh Sabah serta Utara Sarawak,” katanya.

Hadir sama, Ketua Unit Perubatan Transfusi merangkap pengerusi penganjur, Dr. Jamaludin Mail, Presiden Persatuan Thalasemia Sabah, Francis Mujim dan Timbalan Pengarah (Klinikal) HWKKS, Dr. Christine Lu Shin Yeen.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

OHSC UMS anjur program kesedaran kerintangan antimikrobial

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular