Pembangunan modal insan negara wajar diteliti bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi

Baru-baru ini isu calon SPM hangat di bincangkan, ekoran laporan bahawa ramai calon telah tidak menduduki peperiksaan SPM 2022. Ketika Sidang Dewan Rakyat pada Jun 2023, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia telah menyatakan bahawa data Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menunjukkan bahawa seramai 29,663 (7%) calon telah tidak menduduki SPM 2022, daripada jumlah keseluruhan 407,637 calon berdaftar.