HomeIsu tempatanKenderaan baharu HUMS bantu tingkat perkhidmatan kesihatan luar bandar

Kenderaan baharu HUMS bantu tingkat perkhidmatan kesihatan luar bandar

Read Time:1 Minute, 14 Second

Kota Kinabalu : Pembelian kenderaan baharu bagi kegunaan perkhidmatan kesihatan yang dilaksanakan Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) mampu meningkatkan lagi perkhidmatan kesihatan khususnya kepada masyarakat luar bandar di Sabah.

Pembelian kenderaan ini adalag selaras dengan pendekatan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui program KPT Prihatin MADANI.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, program KPT Prihatin MADANI merupakan inisiatif KPT sejak tahun 2021 iaitu pelaksanaan program Klinik Bergerak dan program jangkauan.

“Pelaksanaan program ini khususnya di Sabah telah memberikan tanggungjawab kepada HUMS untuk melaksanakan program ini.

“Ia melibatkan kesihatan komuniti golongan sasar terutama golongan luar bandar atau pedalaman serta komuniti B40 yang jauh dari fasiliti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Kenderaan HUMS di perkarangan Pusat Rawatan Warga (PRW), baru-baru ini.

Kasim turut memaklumkan, sebanyak RM3 juta yang diperoleh daripada KPT banyak membantu operasi kesihatan komuniti luar bandar.

“Dengan RM3 juta ini juga, sebahagian perbelanjaan ialah dengan membeli kenderaan-kenderaan yang akan membawa pasukan perubatan dan barang-barang kesihatan yang diperlukan komuniti di pedalaman,” katanya.

Tambah beliau, usaha ini mencapai salah satu objektif utama penubuhan HUMS iaitu peka komuniti, yang melibatkan merintis perkhidmatan atau aktiviti kesihatan khusus komuniti.

“Oleh yang demikian, inisiatif bagi membantu komuniti luar bandar adalah satu inisiatif murni dan harus dijayakan dan diteruskan,” katanya.

Untuk rekod, sehingga kini kenderaan yang telah dibeli HUMS antaranya ialah coaster, lori untuk klinik bergerak, dua pacuan empat roda, van penumpang, van untuk klinik bergerak dan van untuk klinik pergigian bergerak.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular