HomeSukan600 pemain catur meriahkan Chess Fiesta Sabah 2023

600 pemain catur meriahkan Chess Fiesta Sabah 2023

Read Time:1 Minute, 16 Second

Kota Kinabalu: Hampir 600 peserta dari seluruh negeri berentap dalam pertandingan Chess Fiesta Sabah 2023 yang berlangsung selama tiga hari berakhir semalam bertempat di Wisma Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di sini.

Pertandingan yang dianjurkan SESB dengan kerjasama Persatuan Catur negeri Sabah (SCA) itu adalah yang terbesar melibatkan 54 pasukan terdiri daripada pelbagai Jabatan dan Agensi Kerajaan, sektor Swasta serta pelajar sekolah.

Lebih menarik, pertandingan itu turut mendapat penyertaan dari kalangan pelajar istimewa (OKU) dan melibatkan tiga kategori iaitu Individu, Berpasukan dan Bawah umur 20 tahun.

Majlis penutupan pertandingan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan Pengerusi SESB, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau di sini semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir.Ts. Mohd Yaakob Jaafar dan Presiden SCA, Muammar Julkarnain.

Madius berkata, pertandingan seumpama itu adalah yang pertama kali diadakan bersama SESB sempena dengan Sambutan Jubli Perak ke-25 SESB pada tahun ini.

Pertandingan selama tiga hari itu menyaksikan tempat pertama dimenangi Masrin Erowan yang membawa hadiah wang tunai bernilai RM1000, manakala, Abdul Sahim Wising yang muncul sebagai naib juara menerima wang tunai RM 750, dan tempat ketiga dimenangi oleh Roslye Abdul Dahi dengan hadiah tunai RM 500 dalam kategori individu.

Sementara itu, dalam kategori berkumpulan, Arena Minda Allstars telah dinobatkan sebagai juara (RM1500), dengan Semporna Dragon Warriors sebagai Naib Johan (RM1000), dan Man Of Steel menduduki tempat ketiga (RM500).

Aliff Azali telah dinamakan juara (RM 300) dalam kategori Bawah Umur 20 tahun, diikuti oleh Muhd Haikal Syafwan Hajan (RM 200) dan Chong Yu Ken yang menduduki tempat ketiga (RM100). – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

JDT FC kukuhkan kedudukan, tewaskan Sabah FC di Likas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular