HomeSukanSAGA X : Pemilihan, kelayakan atlet perlu diteliti - Ellron

SAGA X : Pemilihan, kelayakan atlet perlu diteliti – Ellron

Read Time:58 Second

Kota Kinabalu : Pemilihan dan kelayakan atlet ke Sukan Sabah (SAGA) perlu diteliti agar kualiti atlet yang bertanding sentiasa terjaga.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, atlet yang bertanding dalam temasya itu perlu mempunyai stamina serta teknik yang baik dan bukan sekadar untuk mencukupi syarat untuk bertanding. 

“Saya sendiri dapat lihat, ada yang kurang stamina, ‘skill’ pun tiada dan ada yang tidak dapat habiskan pertandingan. Ada juga saya terima komen seolah-olah atlet diambil hanya untuk bertanding semata-mata saja terutama sukan kombat (pertarungan).

“Saya lihat sukan kombat, ada yang tiada stamina, tidak dapat habiskan pertandingan dan terpaksa diusung keluar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media, di Pusat Media SAGA kali ke-10, di Wisma Muis, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ellron berkata, seramai 289 atlet membabitkan 10 acara telah menarik diri daripada menyertai SAGA kali ini walaupun sudah mendaftar.

Katanya, tidak dinafikan antara sebab mengapa atlet berkenaan tarik diri ialah kerana tidak mencapai tahap yang diharapkan di samping masalah-masalah teknikal lain termasuk kecederaan.

“Ini sebenarnya tidak bagus, sudah daftar tarik diri pula, kita harap perkara ini akan diperbaiki pada edisi akan datang,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala SMJ : Persiapan Sabah FC untuk lihat kekuatan, kelemahan pasukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya