HomeIsu tempatanKo-Nelayan agih 2,000 pek bungkusan bubur lambuk sempena Ramadan

Ko-Nelayan agih 2,000 pek bungkusan bubur lambuk sempena Ramadan

Read Time:52 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 2,000 pek bungkusan bubur lambuk diagihkan kepada kakitangan Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan) di sini semalam.

Program tahunan anjuran Badan Kebajikan Kakitangan Islam Ko- Nelayan (BAKIK) itu turut mengagihkan bubur berkenaan kepada warga Wisma Pertanian, masjid-masih berhampiran dan anak-anak yatim sekitar Kota Kinabalu.

Pengurus Besar Ko-Nelayan Yusof Ag Besar berkata, program itu turut mendapat kerjasama daripada Kolej SIDMA dalam menyediakan bubur lambuk seawal jam 7.30 pagi.

“Program ini merupakan acara tradisi kita di Ko-Nelayan melalui BAKIK pada setiap tahun di bulan Ramadan untuk kita mengagihkan bubur lambuk.

“Pada tahun ini, kita menyediakan lebih kurang 2,000 pek semuanya dan kita akan agihkan kepada kakitangan Ko-Nelayan, warga Wisma Pertanian, masjid-masjid dan anak-anak yatim sekitar Kota Kinabalu,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Hadir sama Penolong Pengurus Besar (Perancangan & Pembangunan Strategik) merangkap Yang DiPertua BAKIK Salleh Obong.

Selain itu katanya, ia juga dapat menyemarakkan lagi semangat kerjasama dan silaturrahim di kalangan ahli-ahli BAKIK serta kakitangan Ko-Nelayan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya