HomeIsu tempatanDua warga Filipina ditahan cuba seludup petrol

Dua warga Filipina ditahan cuba seludup petrol

Read Time:1 Minute, 16 Second

Kudat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan sebuah bot bersama dua individu dipercayai menjalankan kegiatan penyeludupan minyak petrol di perairan Kudat, kelmarin.

Bot dinaiki kedua-dua suspek berusia 19 dan 51 tahun itu ditahan di posisi kira-kira empat batu nautika timur laut, Pulau, Kankamat, kira-kira jam 4 pagi.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, hasil daripada maklumat perisikan yang diterima mengenai kegiatan penyeludupan minyak petrol, bot ronda Zon Maritim Kudat yang sedang menjalankan rondaan Op Tiris mengesan bot suspek di kawasan berkenaan.

“Melalui pemeriksaan yang dilakukan, dua individu didapati berada di dalam bot berkenaan merupakan warga Filipina berusia  19 dan 51 tahun dan setelah pemeriksaan lanjut dilakukan kedua-dua individu terbabit tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Pemeriksaan lanjut juga turut menemui sejumlah 12 tong berwarna biru berisi minyak petrol dibawa bot berkenaan tanpa sebarang permit yang sah disyaki cuba diseludup ke negara jiran,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Maurice berkata, suspek bersama bot dan barang rampasan seterusnya ditahan untuk siasatan lanjut.

Katanya, nilai keseluruhan rampasan termasuk bot dianggarkan lebih kurang RM15,000 dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Imigresen 1959/63.

“Zon Maritim Kudat menyeru kepada masyarakat khususnya komuniti maritim di Kudat untuk sama-sama membantu Maritim Malaysia dengan melaporkan sebarang salah laku atau kegiatan jenayah yang berlaku di laut kepada Maritim Malaysia di talian 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian MERS 999 yang beroperasi 24 jam,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular