HomeUtamaAPM bantu hantar wanita lumpuh terjejas banjir ke hospital

APM bantu hantar wanita lumpuh terjejas banjir ke hospital

Read Time:39 Second

Membakut : Seorang wanita berusia 48 tahun yang mengalami lumpuh separuh badan dan perlu menjalani dialisis buah pinggang berjaya dibantu keluar dari rumahnya yang terjejas banjir di Kampung Ulu Mawao di sini.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Membakut dalam satu kenyataan berkata, mangsa dibantu empat anggota dan sebuah ambulans selain turut dibantu penduduk kampung.

“Kira-kira jam 11.09 pagi tadi, anggota APM berjaya menyelamat seorang mangsa wanita yang lumpuh separuh badan untuk dihantar ke Hospital  Beaufort bagi mendapatkan rawatan dialisis.

“Mangsa selamat dikeluarkan dengan bantuan empat anggota serta penduduk sekitar selepas rumah mangsa terjejas dengan banjir,” menurut kenyataan itu di sini.

Dalam pada itu, APM Membakut dalam kenyataan berasingan berkata, beberapa kawasan sekitar daerah Membakut mula dinaiki air berikutan hujan berterusan sejak semalam. – SABAH MEDIA / FOTO APM SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

Dua warga asing dipenjara, didenda berhubung judi sabung ayam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular