HomeUtamaUMS komited jaga kebajikan mahasiswa termasuk tangani isu air

UMS komited jaga kebajikan mahasiswa termasuk tangani isu air

Read Time:47 Second

Kota Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus komited untuk menjaga kebajikan para mahasiswa termasuk isu bekalan air yang berlaku di kampus induk universiti itu.

UMS dalam satu kenyataan memaklumkan, universiti itu turut menjunjung prinsip integriti dan tadbir urus yang baik.

“Sejak gangguan bekalan air mula berlaku, pelbagai langkah mitigasi telah diambil secara proaktif.

“Ini termasuk penyediaan tangki air statik, penghantaran bekalan air melalui lori tangki, pemasangan sistem telaga tiub serta kerjasama berterusan dengan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan pihak berkuasa berkaitan,” menurut kenyataan itu di sini pada Ahad.

Disamping itu, UMS menghormati kebebasan bersuara mahasiswa sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).

UMS turut menggalakkan penyampaian pandangan secara beretika, bertanggungjawab serta melalui saluran rasmi seperti Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

Universiti itu juga kekal komited untuk terus berperanan sebagai institusi pendidikan tinggi yang profesional, progresif dan berwibawa demi kesejahteraan seluruh warga kampus dan masyarakat. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Dua warga asing cuba lari dari polis ditahan positif dadah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular