HomeSukanSabah FC perkukuh aspek pertahanan, nilai kelemahan musim lalu

Sabah FC perkukuh aspek pertahanan, nilai kelemahan musim lalu

Read Time:57 Second

Kota Kinabalu : Kehadiran beberapa muka baharu dilihat mula menyertai kem latihan pasukan Sabah FC di sini pada Selasa.

Antara pemain yang hadir menyertai latihan adalah tiga pemain import baharu iaitu Ajdin Mujagic; Dean Pelekanos dan Dane Ingham.

Turut dilihat menyertai latihan skuad Sabah adalah beberapa pemain lama sebelum ini iaitu Darren Lok; Jafry Chiew; Damien Lim; Khairul Fahmi Che Mat dan beberapa tonggak lain.

Jurulatih Sabah FC, Alto Linus berkata, tumpuan utama dalam persiapan kali ini adalah memperkukuh aspek pertahanan pasukan selepas menilai kelemahan musim lalu.

Katanya, meskipun Sabah menamatkan Liga Super 2024 di tempat ketiga, statistik menunjukkan jumlah jaringan dan bolos hampir seimbang, sesuatu yang perlu diperbaiki segera.

“Sudah semestinya fokus utama kita pada musim ini adalah membentuk pertahanan pasukan yang lebih baiklah supaya tidak mudah dibolosi seperti musim lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi latihan Sabah FC di Padang SAFA.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan yang berjaya mengekalkan sebahagian besar tonggak utama pasukan serta membawa masuk beberapa pemain baharu bagi memperkuatkan benteng pertahanan.

Sabah FC turut merancang membentuk gabungan antara pemain berpengalaman dan bakat muda sebagai langkah pembangunan berterusan menjelang musim-musim akan datang.

RELATED ARTICLES
Sukan

Pasukan Kadayan Sarawak juara Kejohanan Golf Se-Borneo Ke-8

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular