HomeIsu tempatan6 buah rumah terbakar, anggota Bomba terjatuh dari bumbung cuba padam api

6 buah rumah terbakar, anggota Bomba terjatuh dari bumbung cuba padam api

Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Seorang anggota Bomba terjatuh dari bumbung rumah semasa cuba memadamkan api dalam satu kebakaran melibatkan enam buah rumah teres di Sunny Garden dekat sini, petang tadi. (31 Dis)

Pasukan Bomba cuba memadam api dalam satu kejadian kebakaran melibatkan enam buah rumah di Sunny Garden petang tadi. – Foto ihsan JBPM Sabah

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian kebakaran itu pada jam 2.36 petang tadi (31 Disember 2022).

“Pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu tiba di lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan enam buah rumah teres jenis separuh kekal berukuran 30X40 kaki setiap rumah.

“Sebuah rumah terbakar 90 peratus, empat buah rumah terbakar 50 peratus dan sebuah rumah terbakar 20 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pasukan Bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan dua aliran melalui sumber air dari tangki jentera dan pili Bomba berhampiran.

“Terdapat seorang anggota Bomba terjatuh dari bumbung semasa membuat pemadaman namun tidak menghadapi sebarang kecederaan.

“Seterusnya anggota (mangsa) berumur 43 tahun itu dihantar ke hospital menggunakan pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk menjalankan pemeriksaan lanjut. Mangsa dalam keadaan stabil.

“Operasi terkawal pada jam 3 petang dan operasi ditamatkan pada jam 4.36 petang tadi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Remaja reka cerita ‘diculik’ kerana enggan hadiri kelas mengaji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya