HomeIsu tempatanAnak selamat, bapa ditemui lemas pagi tadi

Anak selamat, bapa ditemui lemas pagi tadi

Read Time:1 Minute, 3 Second

((DIKEMASKINI))

PUTATAN: Seorang mangsa lelaki yang dilaporkan hilang di sungai berhampiran Jalan Imbaan Sailan dekat sini semalam, mayatnya telah ditemui pada jam 9.15 pagi tadi.

Menurut Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Penampang, Rony Sikawan, kejadian berlaku ketika mangsa cuba menyelamatkan anak lelakinya berusia lima tahun yang berada dalam kereta miliknya, kereta tersebut tergelongsor masuk ke dalam sungai.

“Maklumat awal diterima, pada jam kira-kira 5.53 petang semalam, mangsa yang dikenali sebagai Lasibi Lawadihu, 40, ketika itu sedang menjalankan aktiviti memancing manakala anaknya masih berada dalam kereta milik mangsa iaitu kereta jenis Perodua Myvi yang diparkir di tebing sungai di lokasi kejadian.

“Menyedari keretanya tergelongsor ke dalam sungai, mangsa terus bertindak untuk menyelamatkan anaknya dan berjaya mengeluarkannya dari dalam kereta dibantu oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian, namun mangsa sendiri tidak sempat kembali ke tebing sungai dan hilang dari pandangan,” kata Rony ketika dihubungi pemberita hari ini.

Menurutnya, pasukan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) dilancarkan sejak semalam dan hari ke-2 hari ini, mangsa telahpun dijumpai lemas pada jam 9.15 pagi oleh Unit Drone Polis Diraja Malaysia (PDRM) 300 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada jam 9.30 pagi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Orang ramai dijemput hadir ke pameran khas karya seni Tuan Yang...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular