HomeIsu tempatanUsaha santuni komuniti terus dipergiatkan

Usaha santuni komuniti terus dipergiatkan

Read Time:1 Minute, 26 Second

Kota Kinabalu : Usaha untuk menyantuni komuniti terus dipergiatkan dengan penganjuran program yang memberi informasi dan perkhidmatan terkini hingga ke peringkat umbi.

Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Program Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Cik Kazidi Mohd Zainuddin berkata, menerusi pengisian aktiviti program Mesra MADANI J-KOM diharapkan dapat memberi nilai tambah dan pengetahuan baharu kepada komuniti.

Katanya, komuniti perlu merebut dan manfaatkan ruang serta peluang yang ada, sekiranya terdapat isu dan masalah boleh terus bertemu dengan agensi atau jabatan berkenaan melalui program seumpama ini.

“Program anjuran bersama dengan Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) ini julung kali diadakan di sini bagi menyantuni komuniti khususnya ibu tunggal, badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan wanita di peringkat akar umbi dari golongan kanak-kanak sehingga warga emas.

“Ini merupakan inisiatif J-KOM dalam menyebarluaskan aspirasi Malaysia MADANI agar difahami dan dihayati oleh segenap lapisan Masyarakat,” katanya yang mewakili Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff sempena Majlis Perasmian Program Mesra MADANI di Balai Seni Lukis Sabah di sini, semalam.

Antara pengisian menarik ceramah Agro MADANI Fama, Jenayah Seksual dari PDRM, aktiviti makan durian percuma, Jualan Agro MADANI, Senam Madani Pertandingan Karaoke dan Mewarna.

Untuk rekod lebih 35 reruai yang menawarkan pelbagai perkhidmatan secara terus kepada lebih 800 pengunjung yang hadir di sini.

Antaranya agensi yang terlibat iaitu Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), KWSP, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), JHEWA, SIDMA College dan City University.

Hadir sama Pengarah JHEWA, Haslina Ismail, Pengarah J-KOM Sabah, Milus Alu@Abd. Wahad, Pengarah Balai Seni Lukis Sabah, Sarah Elisya Ahmad Shah, Ketua Cawangan Perancangan Program J-KOM Sabah, Norlida Mohd. Ibrahim dan Penolong Pengarah Kanan J-KOM Sabah, Dr Diana Dominic.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PPK Wanita USIA bakal jadi ‘Satu Hentian Pelbagai Perkhidmatan’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular