HomeIsu tempatanIndividu Lakukan Salah Laku Seksual Ke Atas Unduk Ngadau Bakal Didakwa Esok

Individu Lakukan Salah Laku Seksual Ke Atas Unduk Ngadau Bakal Didakwa Esok

Read Time:1 Minute, 14 Second

Kota Kinabalu : Anggota Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Philip Among akan menghadapi tuduhan di mahkamah berkaitan dakwaan salah laku seksual terhadap seorang peserta pertandingan ratu cantik.

The Malay Mail memetik pesuruhjaya polis Sabah Hazani Ghazali sebagai berkata Philip akan menghadapi tuduhan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu menggunakan kekerasan jenayah terhadap seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan.

“Ya esok, timbalan pendakwa raya akan mendakwa Philip,” katanya seperti dipetik portal berita berbahasa Inggeris itu.

Hazani dilaporkan berkata pihaknya juga tidak menolak kemungkinan lebih daripada satu tuduhan akan dikenakan terhadap Philip atas berbagai kesalahan lain.

Namun dia menolak untuk menjelaskan lebih lanjut mengenai tuduhan tambahan.

Sekiranya disabitkan di bawah Seksyen 354, Philip boleh dikenakan hukuman penjara hingga 10 tahun, atau denda, atau sebatan, atau kedua-duanya sekali.

Menurut laporan itu, polis telah menemubual 12 orang termasuk peserta pertandingan Unduk Ngadau yang lain.

Unduk Ngadau adalah pertandingan kebudayaaan yang diadakan bersempena dengan perayaan pesta Kaamatan.

Sebelum ini, seorang peserta dalam pertandingan tersebut mendakwa Philip memintanya bertemu di keretanya untuk pergi makan malam, selepas sesi bergambar pada 19 Mei.

Ketika dalam kereta, wanita itu mendakwa Philip meraba dan menyentuh bahagian badannya walaupun dia berulang kali cuba menghentikan perbuatan itu, sebelum dibawa ke pejabat lamanya dan terus diganggu.

Polis menahan Philip minggu lalu, manakala Star menggantung jawatannya sebagai penyelaras kawasan parlimen Putatan.

Menurut Setiausaha Agung Star, Guan Dee Koh Hoi, Philip memaklumkan kepada parti itu yang dia juga sedang disiasat kerana didakwa menyerang seorang pengawal keselamatan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA).

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

NDRC UMS perkukuh pengurusan bencana bersama pihak berkuasa tempatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular