HomeIsu tempatan3,000 pek bubur lambuk diagihkan di KPKPS

3,000 pek bubur lambuk diagihkan di KPKPS

Read Time:38 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu:  Sebanyak 3,000 pek bubur lambuk diagihkan kepada semua kakitangan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah (KPKPS) di sini kelmarin.

Agihan disempurnakan oleh Setiausaha Persekutuan Sabah (SUP), Datuk Makhzan Mahyuddin dalam Program Ihya Ramadan 2023 di Perkarangan Plaza Blok A kompleks tersebut.

Program yang dijalankan secara gotong-royong itu bukan sahaja mendedahkan proses dan cara memasak bubur lambuk, bahkan juga bertujuan untuk  mengeratkan ukhuwah dan silaturahim dalam kalangan warga KPKPS. 

Ia merupakan program tahunan tersebut dengan kerjasama Adabi Sabah Distribution Sdn. Bhd., Kelab SUKSES PSUPS, Persatuan Kakitangan Persekutuan Awam Sabah (PEKAPS), Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Wilayah Sabah dan Labuan (PPTD S/L) serta Surau KPKPS.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Ko-Nelayan, UMS jalin kolaborasi bangun produk makanan hiliran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya