Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sabah telah menumpaskan kegiatan penyelewengan barang kawalan diesel dalam satu operasi di sebuah stor tidak bernombor di kampung Bantayan, Inanam petang tadi (22 Mei).
Syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Qhazanah Sabah Berhad (QSB) komited memperkasakan operasi syarikatnya dengan menyusun semula ahli barisan lembaga pengurusan utama dan merombak semula anak-anak syarikat miliknya.
Semua ahli lembaga pengarah dan pengurusan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) digesa untuk melipatgandakan usaha, beramanah, berintegriti dan melaksanakan tadbir urus dengan baik dalam syarikat.
Kerajaan Negeri akan membantu menampung kos tambahan yang diperlukan bagi pengurusan jenazah Allahyarham Lt. Kol (PA) Ag Askandar Ampuan Yaacub untuk memastikan jenazah dapat dikebumikan di kampung halamannya di Kg Benoni, Papar sebagaimana hasrat ahli keluarga.
Kerajaan negeri akan meneruskan pelaksanaan pelbagai inisiatif bagi memperkasa sistem pentadbiran tanah di negeri ini agar ianya lebih cekap dan efisien selari dengan matlamat dan hala tuju dalam Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ).
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ’23) yang akan berlangsung esok hingga 27 Mei ini dijangka mampu mencapai janji niaga sehingga RM18 bilion.
Lebih 600 pengunjung hadir memeriahkan sambutan rumah terbuka Aidilfitri – Kaamatan keluarga Tunas Akademi Bola Sepak (TABS) Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Bandaraya yang diadakan di perkarangan padang TABS berhampiran padang SUKMA di sini, semalam.
perayaan ini juga boleh membantu menyebarkan pengetahuan, kefahaman dan penghayatan berkaitan kepelbagaian budaya serta segmen kenegaraan yang menerapkan semangat patriotisme kepada rakyat Malaysia.