Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah di negeri ini melibatkan rampasan sebanyak 14 kilogram dadah jenis syabu dengan nilai sitaan RM1.2 juta termasuk rampasan wang tunai, barang kemas dan berharga.
Hampir dua minggu dikhuatiri hilang di dalam hutan ketika memburu sejak 24 Jun lalu, dua mangsa termasuk seorang kanak-kanak 11 tahun ditemui selamat oleh orang awam pada jam 9.30 pagi tadi (8 Julai).
Sokongan berterusan pertubuhan bukan kerajaan seperti Rotary Club of Kota Kinabalu Mandarin memainkan peranan penting dalam membantu pelajar berkeperluan khas dan sekolah.
Pelari pecut wanita negara, Nur Aishah Rofina Aling dijangka tidak dapat beraksi di Kejohanan Olahraga Asia di Pattaya Thailand yang bermula pada 12 hingga 16 Julai ini.
keputusan untuk mengkaji semula skim gaji berkenaan dibuat berikutan tiada kenaikan diberikan bagi tempoh yang agak lama, dengan kali terakhir skim gaji berkenaan disemak adalah pada tahun 2013.
Fenomena El Nino dijangka meningkat pada penghujung tahun ini hingga awal tahun depan dengan kebarangkalian melebihi 90 peratus, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Anak jati Semporna, Roihan Ang menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) di atas kejayaannya menjadi penyelam pertama yang berjaya menyelam pada kedalaman 164 meter di Sipadan, Sabah pada 28 Mei lalu.
Kerjasama Malaysia bersama angkatan negara jiran di garisan perbatasan daratan dan maritim, akan diperkukuh ke arah mewujudkan keselamatan yang komprehensif khususnya di negeri ini.
Dua pemain import baharu Sabah FC Miguel Angel Garrido Cifuentes dan Ramon Machado de Macedo bakal diturunkan menentang Kuching City FC di Stadium Likas petang esok.
Konsul Jeneral Malaysia di Shanghai, Syed Farizal Aminy Syed Mohamad menjemput Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew untuk menghadiri sambutan Hari Malaysia yang akan diadakan di Konsulat Jeneral Malaysia di Shanghai.