541 unit Rumah Mesra SMJ telah siap dibina setakat 22 Nov 2023 – Samad

Setakat 22 November 2023, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS) melalui Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Pejabat Daerah dan Pejabat Daerah Kecil di seluruh Negeri Sabah sedang dalam
pembinaan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) sebanyak 959 unit dan telah menyiapkan sebanyak 541 unit, kata Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Samad Jambri @ Jamri.