HomeSukanSUKMA XXII : Kem olahraga Sabah tambah kilauan pingat hari ini

SUKMA XXII : Kem olahraga Sabah tambah kilauan pingat hari ini

Read Time:1 Minute, 4 Second

SHAH ALAM : Kem olahraga Sabah terus menyerlah di Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 apabila berjaya menghadiahkan satu pingat emas dan dua pingat perak menerusi acara 3,000 meter berhalangan wanita serta 4×100 meter lelaki hari ini.

Sumbangan emas pertama hadir menerusi Nur Denisha Shazliatie Abdullah yang mempamerkan larian bertenaga untuk muncul juara acara 3,000 meter berhalangan wanita di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan catatan masa 12 minit 29.30 saat.

Rakan sepasukannya, Ledia Engku turut mencipta kejayaan membanggakan apabila meraih pingat perak dalam acara sama selepas menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan catatan 12 minit 36.98 saat, sekali gus melengkapkan dominasi 1-2 buat Sabah.

Perlumbaan tersebut berlangsung dramatik apabila pelari Selangor yang mendahului saingan sejak awal mengalami insiden terjatuh ketika melepasi halangan pada pusingan terakhir sebelum gagal menamatkan perlumbaan dengan baik

Situasi itu membuka ruang kepada Denisha untuk terus mengekalkan rentak konsisten hingga ke garisan penamat.

Dalam pada itu, satu lagi pingat perak disumbangkan oleh kuartet 4×100 meter lelaki Sabah selepas menamatkan saingan di tempat kedua dengan catatan masa 39.880 saat.

Pingat emas acara tersebut menjadi milik Johor yang mencatat masa terpantas 39.460 saat, manakala Selangor meraih gangsa dengan catatan 40.290 saat.

Sehingga kini, kem olahraga Sabah telah meraih tiga emas dan dua perak. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

SUKMA XXII : Catherine ungguli Compound Wanita, sumbang emas buat Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular