Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Kota Kinabalu: Sebanyak 3,000 pek bubur lambuk diagihkan kepada semua kakitangan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah (KPKPS) di sini kelmarin.
Agihan disempurnakan oleh Setiausaha Persekutuan Sabah (SUP), Datuk Makhzan Mahyuddin dalam Program Ihya Ramadan 2023 di Perkarangan Plaza Blok A kompleks tersebut.
Program yang dijalankan secara gotong-royong itu bukan sahaja mendedahkan proses dan cara memasak bubur lambuk, bahkan juga bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah dan silaturahim dalam kalangan warga KPKPS.
Ia merupakan program tahunan tersebut dengan kerjasama Adabi Sabah Distribution Sdn. Bhd., Kelab SUKSES PSUPS, Persatuan Kakitangan Persekutuan Awam Sabah (PEKAPS), Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Wilayah Sabah dan Labuan (PPTD S/L) serta Surau KPKPS.