HomeSukanGatlin Umum Persaraan

Gatlin Umum Persaraan

Read Time:54 Second

LOS ANGELES: Jaguh pecut Amerika Syarikat (AS), Justin Gatlin hari ini mengumumkan persaraannya selepas kerjayanya diwarnai kontroversi doping dan kejayaan meraih pingat emas Sukan Olimpik serta pelbagai gelaran dunia lain.

Atlet veteran berusia 40 tahun itu yang memenangi emas acara 100 meter di Olimpik Athens 2004 mengesahkan persaraannya di Instagram bertajuk “Dear Track.”

“Saya mencintai anda trek. Anda memberikan saya air mata kecewa dan gembira. Juga pengajaran yang tidak akan dilupakan,” tulis Gatlin.

“Obor sudah padam namun cinta tidak akan pudar. Sedia, pergi… hilang!”

Persaraan Gatlin bagaimanapun sudah dijangka selepas dia gagal layak ke Olimpik Tokyo tahun lalu dan berdepan kecederaan hamstring ketika sesi ujian AS di Eugene.

Dia melengkapkan kemenangan 100 meter (m) dan 200m di Kejohanan Dunia 2005 dan turut meraih emas 100m di Kejohanan Dunia di London 2017 dengan mengatasi ikon Jamaica, Usain Bolt.

Gatlin juga anggota kuartet 4x100m AS yang menjuarai Kejohanan Dunia di Doha pada 2019.

Tetapi kerjaya Gatlin turut dibayangi skandal apabila dia digantung dua kali kerana kesalahan doping. – AFP

RELATED ARTICLES
Sukan

Kim Swee kekal bersama Sabah FC sehingga akhir musim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya